02 September 2009

Bengkel Tarantula

Salam 1 Malaysia,

Satu bengkel yang diberi nama Bengkel Tarantula PSS telah diadakan pd hari ini, 2 Sept 2009, jam 8.30 pagi hingga 4.00 ptg di PKG Cheras. Bengkel dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai bengkel dan penceramah oleh Pn. Maziah Ismail dan seterusnya diserahkan kepada En. Mahizam bin Toha, PTP PKG Bangi yang bertanggungjawab memberikan taklimat berkenaan Bengkel Tarantula.

Bengkel ini merupakan satu laman khas buat GPM seluruh Malaysia untuk mengemaskini maklumat berkenaan PSS secara berpusat. GPM boleh mengakses laman web http://btp.tarantula.my untuk mengisi maklumat PSS sekolah masing-masing. Para GPM telah diberi taklimat tentang cara untuk mengisi maklumat sekolah. Walau bagaimana pun, disebabkan oleh connection internet yang agak lemah, tidak semua GPM yang sempat mengemas kini maklumat PSS.

Web Tarantula perlu dikemas kini SEBELUM 09.09.09
(9 September 2009)
.

Harap maklum. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment