16 November 2009

teknopenDHL2

22 Oktober 2009 - Daerah Hulu Langat kali ini bergema dari mula hingga akhir dalam Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Selangor Tahun 2009. Ternyata kehebatan lebih terserlah apabila dapat mengekalkan kejuaraan dalam Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang Kategori Pejabat Pelajaran Daerah dan hampir menyapu bersih Anugerah NILAM pelajar dalam keempat-empat kategori yang dipertandingkan. Cuma kategori Anugerah NILAM SK Bandar yang mendapat tempat kedua.
Kejayaan Daerah Hulu Langat tidak juga dalam NILAM sahaja, 2 buah sekolah iaitu SMK Taman Kosas dan SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat pertama & kedua untuk Anugerah Inovasi Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.
Berikut adalah antara kejayaan-kejayaan Daerah Hulu Langat:

  1. Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang (Sekolah)
    1. SMK Bandar (Tempat Ke-3 – SMK Pandan Indah)
    2. SMK Luar Bandar ( Tiada)
    3. SK Bandar (Tempat Ke-3 – SK Taman Muda)
    4. SK Luar Bandar (Johan – SK Saujana Impian)

  1. Anugerah NILAM
    1. SMK Bandar (Johan – Afiq Fakhri - SMK Agama Perseketuan, Kajang)
    2. SMK Luar Bandar (Johan – Syed – SMK Taman Jasmin 2)
    3. SK Bandar (Naib Johan – Farah SK Taman Nirwana)
    4. SK Luar Bandar (Johan – Nurliayana - SK Bandar Baru Bangi)

  1. Anugerah Tokoh NILAM
    1. Kategori Sekolah Menengah (Syed – SMK Taman Jasmin 2)
    2. Kategori Sekolah Rendah (Tiada)

  1. Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang PPD
    1. Johan – PPD Hulu Langat

  1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
    1. SMK Bandar (Tiada)
    2. SMK Luar Bandar (Tiada)
    3. SK Bandar (Naib Johan – SK Taman Muda)
    4. SK Luar Bandar (Tiada)

  1. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer
    1. Kategori Sekolah (Tempat Ke-3 – SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi)

  1. Anugerah Pengurusan Pusat Akses
    1. Kategori Sekolah (Tiada)

  1. Anugerah Kecemerlangan PKG
    1. Kategori PKG Berbangunan (Tiada)
    2. Kategori PKG Berbangunan Sementara (PKG Kajang)

  1. Anugerah Slip Video Terbaik
    1. Kategori PTP PKG (Tiada)

  1. Anugerah Innovasi Dalam Teknologi Pendidikan
    1. Kategori Sekolah
    Johan - En. Jawahir Bin Harun (SMK Taman Kosas)
Naib Johan - En. Abdul Moeis Bin Abdul Syukur (SK Jalan 6, BBB)

Sumber: ampangtac.net

0 comments:

Post a Comment