18 February 2010

Batik Kelab GPM

Salam buat semua GPM Zon Cheras,

Batik Kelab GPM yang saudara/saudari telah tempah n bayar pada
Pn. Farhanah Embi (SMK Cheras Perdana) telah siap dan boleh
diambil mulai sekarang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0193311592 (Pn. Farhanah)

Sekian, terima kasih..

23 January 2010

Rakyat Johor berdukacita

JOHOR BAHRU: Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat.

JOHOR BAHRU: Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.


Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.


Terdahulu, katanya, Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.


Beliau berkata, bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.


Selain itu, katanya, semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman itu.

“Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman,” katanya yang mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi Johor.


Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor bagi membolehkan diziarahi rakyat jelata dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi ini, manakala orang kenamaan antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.


Katanya, jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.


Menurutnya, peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.


Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.


Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.

13 December 2009

Cuti Umum 2010

14 February Chinese New Year

15 February Chinese New Year

26 February Prophet Muhammad’s Birthday

1 May Labour Day

27 May Wesak Day

5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

31 August National Day

10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*

16 November Hari Raya Haji*

7 December Maal Hijrah*

25 December Christmas

Kalendar Persekolahan 2010

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2010 31.01.2010 21
Hari Persekolahan 01.02.2010 28.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 11.03.2010 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 31.03.2010 9
Hari Persekolahan 01.04.2010 29.04.2010 21
Hari Persekolahan 02.05.2010 31.05.2010 22
Hari Persekolahan 01.06.2010 03.06.2010 3
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
II Hari Persekolahan 20.06.2010 30.06.2010 9
Hari Persekolahan 01.07.2010 29.07.2010 21
Hari Persekolahan 01.08.2010 31.08.2010 23
Hari Persekolahan 01.09.2010 02.09.2010 2
Cuti Pertengahan Tahun 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 30.09.2010 15
Hari Persekolahan 03.10.2010 31.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 18.11.2010 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II
Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

16 November 2009

teknopenDHL2

22 Oktober 2009 - Daerah Hulu Langat kali ini bergema dari mula hingga akhir dalam Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Selangor Tahun 2009. Ternyata kehebatan lebih terserlah apabila dapat mengekalkan kejuaraan dalam Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang Kategori Pejabat Pelajaran Daerah dan hampir menyapu bersih Anugerah NILAM pelajar dalam keempat-empat kategori yang dipertandingkan. Cuma kategori Anugerah NILAM SK Bandar yang mendapat tempat kedua.
Kejayaan Daerah Hulu Langat tidak juga dalam NILAM sahaja, 2 buah sekolah iaitu SMK Taman Kosas dan SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat pertama & kedua untuk Anugerah Inovasi Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.
Berikut adalah antara kejayaan-kejayaan Daerah Hulu Langat:

  1. Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang (Sekolah)
    1. SMK Bandar (Tempat Ke-3 – SMK Pandan Indah)
    2. SMK Luar Bandar ( Tiada)
    3. SK Bandar (Tempat Ke-3 – SK Taman Muda)
    4. SK Luar Bandar (Johan – SK Saujana Impian)

  1. Anugerah NILAM
    1. SMK Bandar (Johan – Afiq Fakhri - SMK Agama Perseketuan, Kajang)
    2. SMK Luar Bandar (Johan – Syed – SMK Taman Jasmin 2)
    3. SK Bandar (Naib Johan – Farah SK Taman Nirwana)
    4. SK Luar Bandar (Johan – Nurliayana - SK Bandar Baru Bangi)

  1. Anugerah Tokoh NILAM
    1. Kategori Sekolah Menengah (Syed – SMK Taman Jasmin 2)
    2. Kategori Sekolah Rendah (Tiada)

  1. Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang PPD
    1. Johan – PPD Hulu Langat

  1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
    1. SMK Bandar (Tiada)
    2. SMK Luar Bandar (Tiada)
    3. SK Bandar (Naib Johan – SK Taman Muda)
    4. SK Luar Bandar (Tiada)

  1. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer
    1. Kategori Sekolah (Tempat Ke-3 – SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi)

  1. Anugerah Pengurusan Pusat Akses
    1. Kategori Sekolah (Tiada)

  1. Anugerah Kecemerlangan PKG
    1. Kategori PKG Berbangunan (Tiada)
    2. Kategori PKG Berbangunan Sementara (PKG Kajang)

  1. Anugerah Slip Video Terbaik
    1. Kategori PTP PKG (Tiada)

  1. Anugerah Innovasi Dalam Teknologi Pendidikan
    1. Kategori Sekolah
    Johan - En. Jawahir Bin Harun (SMK Taman Kosas)
Naib Johan - En. Abdul Moeis Bin Abdul Syukur (SK Jalan 6, BBB)

Sumber: ampangtac.net

01 November 2009

N. Sembilan, Kelantan berentap


PENYERANG Terengganu, Md. Ashaari Shamsuddin (kiri) bersaing dengan pertahanan Negeri Sembilan, Md. Aidil Zafuan Abd. Razak dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Negeri Sembilan menang 3-1.


NEGERI SEMBILAN akan membuat perhitungan dengan Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Skuad Rusa itu berjaya melangkah ke final selepas menang 3-1 ke atas Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan agregat 4-1 selepas Negeri Sembilan menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama, Selasa lalu.

Pada aksi malam tadi, penyerang kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak meletakkan skuad Rusa di hadapan seawal minit ke-10.

Lapan minit kemudian, Zaquan membuktikan kehebatannya apabila meledak gol kedua Negeri Sembilan.


NORFARHAN muncul wira Kelantan apabila meledak hatrik di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.


Ketika permainan babak pertama memasuki masa kecederaan, penyerang kelahiran Terengganu, Hairuddin Omar menjaringkan gol ketiga pasukan pelawat.

Gol sagu hati skuad Penyu pula dijaringkan oleh Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.

Kekalahan itu turut melenyapkan impian Terengganu untuk mengulangi pencapaian tahun 2001 apabila berjaya menjuarai Piala Malaysia.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan terus berpesta apabila membenam Perlis 3-1.

Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan apabila meledak hatrik manakala gol tunggal Perlis dihasilkan menerusi Firdaus Faudzi.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan mara dengan agregat 5-1 selepas menang 2-0 minggu lalu.



Sumber: Kosmo 1 November 2009

29 October 2009

Bunting Kem Membaca 1 Malaysia

GPM Sekolah berikut sila hadirkan diri ke PKG Cheras
jam 2.30 ptg (29 Okt 2009)


SK Cheras Jaya
SMK Cheras Jaya
SMK BB Sungai Long
SK Dusun Tua
SK Dusun Nanding
SK Sungai Lui
SMK Perimbun
SK Taman Puteri
SK Batu 9
SK Lubok Kelubi



Terima kasih..

22 October 2009

PPD Hulu Langat JUARA LAGI!!!

Syukur ke hadrat Ilahi, berita terkini yang kami terima, sempena Hari Anugerah Teknopen yg berjalan hari ini, Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang PPD kekal milik PPD Hulu Langat lagi tahun ni. Alhamdulillah, syukur.. Berbaloi penat lelah berkhidmat bantu hari tu yer..

Selain itu, wakil HL ke Kem NILAM peringkat negeri Selangor juga membuahkan hasil apabila wakil HL menjuarai kategori SM Bandar, SM Luar Bandar, SK Luar Bandar serta tempat kedua SK Bandar. Tokoh NILAM SM juga milik HL. Ada lg yg miss nih. List sepenuhnya akan dikemaskini kemudian yer!!

Tahniah Hulu Langat!!

'Bunting' Program Gerakan Tabiat Membaca 2009

Sehubungan dengan Program Kem Membaca 1 Malaysia,
kelab GPM mengalu-alukan tempahan 'bunting' bagi program ini sebagaimana program Nilam Sedaerah 2009 yang lepas. Tempahan dibuka mulai hari ini dan boleh dikemukakan kepada Setiausaha kelab, Nor Afzanizam Awang,
012-3492909. Sila SMS nama GPM, nama sekolah dan bilangan bunting yg dipesan.

Bagi makluman semua, perasmian Kem Membaca 1 Malaysia secara serentak akan diadakan pada 30 Oktober 2009. Makluman seterusnya akan dipaparkan di blog dari masa ke masa. Diharapkan kerjasama GPM semua agar mempercepat proses tempahan 'bunting' untuk memudahkan kerja semua pihak. Terima kasih.

15 October 2009

Taklimat Program Gerakan Tabiat Membaca


Makluman kepada semua GPM,

Satu taklimat Program Gerakan Tabiat Membaca akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Blok E, PPD Hulu Langat

Semua GPM Zon Cheras diminta hadir ke taklimat tersebut dan membawa bayaran untuk baju batik kelab. Sila jumpa dengan Pn. Farhanah (GPM SMKCP) bagi urusan bayaran baju batik.



05 October 2009

Rahsia Terbongkar...

rahsia mendirikannya....

Lawatan Kerja 2009

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan kerja ke Terengganu seperti yang dirancang sebelum ini tidak dapat dijalankan dan ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Untuk makluman anda (seperti yang diberitahu oleh En Tahir), mulai tahun ini pihak PPD Hulu Langat tidak lagi membenarkan lawatan seperti ini dijalankan pada hari persekolahan. Maksudnya, lawatan ini hanya dibenarkan pada hari cuti hujung minggu / cuti sekolah sahaja. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kelab GPM yang akan datang.
.
*Sekolah / BTPN buka ke pada hujung minggu ?

30 September 2009

Seni Pencungkil Gigi


WAJAHNYA menggambarkan ketekunan dan tumpuan ketika dia menyiapkan kuil Angkor Wat.

Dan tumpuan adalah sesuatu yang sentiasa ada pada Stan Munro selepas menghabiskan masa enam tahun membina model mercu tanda terkenal dunia dengan menggunakan enam juta lidi pencungkil gigi.

Bekas penyampai televisyen itu juga menggunakan lebih 170 liter glu ketika bekerja sepenuh masa membina model bangunan seperti Big Ben, Jambatan Menara dan Vatican.

Dia juga sudah menyiapkan Opera House Sydney, Taj Mahal dan Cutty Sark dengan skala 1:164.

Munro, 38, yang sudah berkeluarga mengambil masa dari sehari hingga enam bulan untuk membina setiap bangunan berkenaan.

Namun sebahagian besar masanya dihabiskan untuk menjalankan kajian.

Dia memuat turun sebanyak mungkin lukisan teknik dan imej satelit dari Internet untuk menjalankan penyelidikan dan membina bangunan terbabit.

Kebanyakan bangunannya lompang dengan hanya beberapa sokongan struktur yang juga dihasilkan daripada lidi pencungkil gigi yang dibelinya terus daripada pemborong.

Model besar dibuat secara berasingan supaya mudah diangkat dan dialihkan.

Munro membina modelnya di Muzium Sains dan Teknologi di Syracuse, New York, Amerika Syarikat.

Pameran terbarunya, Bandar Pencungkil Gigi II - Kuil dan Menara, memperlihatkan lebih 40 bangunan berkait dengan agama dan bangunan tinggi di seluruh dunia. Dia mula membinanya sejak empat tahun lalu dan dijangka siap Disember ini.

Munro membina struktur daripada pencungkil gigi sejak zaman sekolahnya apabila diminta membina struktur setinggi enam inci yang boleh membolehkan telur diletak di atasnya.

Struktur dihasilkannya sangat kukuh. Bukan setakat telur, malah mejanya juga boleh diletakkan di atasnya.

Munro mula mendapat ilham untuk menggabungkan kegemarannya mengumpul pencungkil gigi dengan minatnya terhadap bidang seni bina ketika menganggur tiga bulan pada 2003.

Bandar Pencungkil Gigi pertamanya — Sejarah Pencakar Langit — dijual kepada sebuah muzium di Mallorca, Sepanyol. Dia mengambil masa dua tahun untuk membina 50 bangunan untuk pameran itu.

Munro berkata: “Saya sungguh seronok menghasilkan Bandar Pencungkil Gigi pertama hingga terdorong untuk menghasilkan satu lagi yang lebih besar dan terperinci.

“Saya mahu pameran kali ini menggambarkan kepelbagaian agama, pencapaian dalam seni bina dan ketepatan sejarah. Atau paling tidak, ia boleh menjadi satu pameran untuk menunjukkan minat saya mengumpul pencungkil gigi.

“Belum ada orang membina bangunan ini menurut skala yang sama dan meletakkannya sebelah-menyebelah. Lebih-lebih lagi struktur itu dibuat daripada pencungkil gigi.

“Saya berharap sangat untuk melihat bagaimana rupanya. Jika anda tidak boleh menjelajah seluruh dunia, saya mahu anda datang melihat pameran ini dan menganggap anda sudah mengelilingi seluruh dunia.

“Dan saya lebih suka dikenali sebagai arkitek daripada artis.”


Sumber :
Ruangan Ekspresi, Harian Metro, 30 September 2009

29 September 2009

Back To School

Selamat kembali ke sekolah...

Setelah puas bercuti, dh sampai masa utk kita semua para GPM kembali menyambung tugas di sekolah masing-masing. Dalam mood raya yang masih berbaki ni, liat skit nk start keje tp itu mata pencarian kita, xboleh lari drpdnya.

Welcome Back!!

22 September 2009


Salam Lebaran..

Selamat Menyambut Aidilfitri. Makan lemang & ketupat tu ingat2 la skit pd kengkawan semua. Jangan sampai diet bln puasa sebulan abeh hancor sbb raya 2,3 hari ni.

Pada yang balik kg, berhati-hati di jalan raya. Jadilah pemandu yang dihormati bukan yang digeruni. Ingatan pd kengkawan n juga diri sendiri nih..

Jangan lupa dengan puasa 6, sesama tambah amalan.

Lg 1, sesape yg buat open house pasni, jgn le lupe member2 sesame GPM nih.. :-)
Semoga ibadat kita di bulan Ramadhan diberkati & kemeriahan Syawal dinikmati bersama.. InsyaAllah!

Salam Aidilfitri..........

14 September 2009


LED Scroller Generator

11 September 2009

Suara Takbir

08 September 2009

Data TARANTULA


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera...

Buat semua GPM Zon Cheras,
sila kemaskini data Tarantula secepat mungkin.
Tarikh akhir : 09 September 2009.

06 September 2009

Bertengkar untuk kekal bahagia




BAHAGIA...Ralph, Phyllis hidup bersama 76 tahun.
BAHAGIA...Ralph, Phyllis hidup bersama 76 tahun.

ENGLAND: Pasangan Ralph dan Phyllis Tarrant kini dinamakan sebagai pasangan berkahwin paling lama Britain.

Ralph, 106, dan Phyllis, 100, bergelar suami dan isteri selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah akibat berlakunya pertengkaran kecil yang berterusan.

“Kami kerap bertengkar mengenai perkara kecil seperti cerita yang kami ingin tonton di televisyen tapi tidak pernah bergaduh besar.

“Bagaimanapun, setiap kali bertengkar, mereka yang bersalah perlu meminta maaf dan ia perlu dilakukan serta-merta,” kata Phyllis.


Sumber: Harian Metro 06 September 2009

03 September 2009

Kerajaan tetapkan harga maksimum 18 barang terkawal


PUTRAJAYA 2 Sept. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barang harga terkawal pada musim hari raya bermula 13 hingga 27 September ini.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, barang harga terkawal itu ditetapkan berbeza mengikut 138 kawasan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


"Kementerian menetapkan harga barang terkawal ini kerana kita tidak mahu peniaga menaikkan harga sesuka hati," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.


Beliau berkata, tiga jenis barang baru turut dijadikan barang kawalan pada musim perayaan kali ini iaitu ubi kentang import (Indonesia dan China), kacang tanah import dan bawang putih.


"Harga bawang putih dikawal kerana barangan tersebut telah meningkat harganya akibat harga import dari China yang tinggi pada masa ini memandangkan pengeluaran di sana berkurangan," katanya.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kebanyakan harga maksimum borong dan runcit yang ditetapkan kali ini adalah sama berbanding tahun lalu kecuali harga bagi ayam, kubis bulat import dan tomato.


"Harga ayam ini lebih rendah di 114 kawasan kerana trend harga ayam ketika ini adalah stabil dan bekalan dijamin mencukupi berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Veterinar dan industri.


"Bagi kobis bulat import dan tomato juga ditetapkan lebih rendah masing-masing di 88 dan 100 kawasan disebabkan lambakan bekalan akibat peningkatan pengeluaran di ladang melebihi permintaan di pasaran," katanya.


Sementara itu, katanya, semua peniaga barang harga terkawal itu perlu memiliki lesen khas dan menggunakan plat tanda harga berwarna merah jambu serta wajib mempamerkan lesen mereka.


"Sebanyak 7,892 lesen telah dikeluarkan seluruh negara untuk musim perayaan Hari Raya Puasa tahun ini dan peniaga dinasihatkan mematuhi syarat-syarat lesen serta tidak menjual barang harga terkawal ini melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.



Sumber: Utusan Malaysia; 2 September 2009