Assalamualaikum & salam hormat..
Kembara NILAM yang dirancang tlh pun berjalan dgn jayanya hari ini. Terima kasih buat tenaga penggerak Kembara NILAM Zon Cheras 2009 yg berjaya menggerakkn program ini dlm masa 3 minggu sahaja dr tarikh penubuhan kelab GPM iaitu 21 Julai 2009 yg lepas. Jumlah peserta ialah seramai 139 org (murid & guru dari 29 buah sekolah Zon Cheras).
Kembara NILAM bermula jam 7.30 pg dengan semua peserta kembara berkumpul di SK Dusun Nanding untuk pendaftaran dan menaiki bas. Bas bertolak ke Shah Alam kira-kira jam 8.30 pg dan sampai di Taman Tasik Shah Alam jam 10 pg. Perjalanan mengambil masa yg lama disebabkan oleh kesesakan jalan.
Semua peserta (murid) membaca sambil bersantai di sekitar tasik. Program RP pula dijalankan bermula jam 12.00tgh hari. Murid yang paling banyak membaca & mencatat di dlm buku NILAM diberi hadiah mengikut kategori SM & SR.
Semua peserta kembara menikmati makan tengah hari pd pukul 1 tengah hari. Manakala pada jam 1.45 ptg, bas bergerak ke Masjid Negeri bagi peserta beragama Islam menunaikan solat. Disebabkan masalah pd salah sebuah bas, program sebelah petang terpaksa diubah. Hanya Muzium Sultan Alam Shah yang sempat dilawati. Murid SR diberi peluang menjawab soalan kuiz berkenaan barangan yang dipamerkan di muzium.
Bas bertolak pulang ke SK Dusun Nanding pada jam 4.30 ptg.
12 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment