
Pada 15 - 17 Ogos 2009, Kem NILAM peringkat Daerah Hulu Langat telah berlangsung di BTPN Selangor, Shah Alam. Zon Cheras telah menghantar seramai 2 peserta dan 4 GPM. Walau bagaimanapun, pada saat-saat akhir seorang peserta dari SMK Cheras Perdana terpaksa menarik diri kerana diserang demam. Hanya peserta dari SK Tun Abdul Aziz Majid iaitu Nur Husna bt Ahamad Suhim yang dapat menyertai 35 lagi peserta Kem NILAM pada kali ini.
4 GPM yang terlibat ialah Pn. Mazraidah bt Hashim dari SK Lubok Kelubi, Pn. Sakinah bt Nor dari SMK Perimbun, Pn. Noryati bt Luso dari SMK Bandar Baru Sungai Long dan Pn. Nor Afzanizam bt Awang dari SK Taman Puteri. Kesemua peserta Kem NILAM daerah berkumpul di PPD Hulu Langat untuk pendaftaran dan menaiki bas ke BT

Setibanya di BTPN, kesemua peserta telah mendapat peluang mendaftar sebagai ahli Kelab Sinar Pintar anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Pada pukul 2ptg, kesemua peserta dinilai melalui ujian bertulis selama 30 minit sebelum menjalani aktiviti Ice-breaking.
Pada jam 9.oo mlm, ceramah Anatomi Buku diberikan kepada semua peserta oleh Pn. Shariza dari PKG Kajang. Banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan dari sesi ini. Sebelum bersurai, semua peserta menyanyikan lagu NILAM dan membuat latihan persembahan.
0 comments:
Post a Comment