22 August 2009

Kem NILAM Daerah Hulu Langat 2009 - Hari 3

Tiba di hari terakhir di BTPN Shah Alam, kesemua peserta bersiap2 utk pulang ke PPD. Tetapi sblm itu, semua peserta dan guru terlibat menjalani sesi fotografi bersama Tuan Pengarah BTPN Selangor. Selesai sesi fotografi, semua peserta dan guru pengiring bergerak ke bas untuk lawatan ke Perpustakaan Tun Uda. Banyak info yang telah kami dapat dari pegawai yang memandu arah. Terima kasih daun keladi buat pihak perpustakaan negeri....

Tepat jam 12.00 tghari, perasmian penutup serta penyampaian hadiah telah diadakan. Pn Nurulbadar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua murid dan guru yang sanggup melepaskan cuti hujung mggu mereka bagi menjayakan Kem NILAM Daerah HL 2009. Dalam ucapan Tuan Pengarah BTPN Selangor pula, beliau mengucapkan setinggi tahniah buat PPD HL kerana berjaya menganjurkan Kem NILAM Daerah HL bagi tahun 2009. Alhamdulillah, peserta dari zon Cheras turut menempatkan diri dalam kelompok pemenang. Adik Husna dari SK TAAM telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Tokoh NILAM SK Luar Bandar. Tahniah adik Husna!! Syabas SK TAAM!!

Selepas makan tengahari, semua murid dan guru bersedia untuk check out. Bas bergerak ke PPD dari BTPN Selangor lebih kurang jam 3.oo ptg. Bersedia untuk ke sekolah pada hari esoknye!!

:-)

0 comments:

Post a Comment