Pada hari kedua Kem NILAM Daerah HL 2009, kesemua peserta telah diuji dengan ujian lisan mengikut kategori SK Bandar, SK Luar Bandar, SMK Bandar & SMK Luar Bandar. Ketika beberapa peserta ditemuduga, peserta yang lain terlibat dengan aktiviti Rakan Pembaca di dewan.
Pada sebelah ptg pula, peserta Kem NILAM Daerah menjalankan aktiviti Jejak Maklumat mengikut kumpulan yg telah ditetapkan. Guru pengiring peserta perlu mengikut kumpulan seliaan mereka ke setiap stesen untuk menjalankan aktiviti bagi mendapatkan maklumat.
Pada sebelah malamnya pula, Tuan Ismail Bin Musa, Pengarah PPD HL telah turun padang ke BTPN Shah Alam untuk memberikan nasihat & kata2 semangat kepada para peserta. Seterusnya, Tuan Ismail Musa dihiburkan dengan persembahan kumpulan oleh kesemua peserta Kem NILAM Daerah HL 2009. Persembahan peserta tamat jam 11.00 mlm.
22 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment